MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Cubaan seludup arak digagalkan 

 

http://www.mediapermata.com.bn/isnin/24pic1.jpg
Lori kontena yang digunaan dalam cubaan menyeludup arak. Gambar kecil menunjukkan minuman keras yang ditemui dalam lori kontena tersebut. - Gambar oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Jabatan Kastam dan Eksais Diraja berjaya mematahkan cubaan penyeludupan minuman keras hasil dari pengimbasan pegawai-pegawai Unit Mobile X-ray ke atas sebuah lori kontena di Pos Kastam Kuala Lurah, hari ini.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai Bahagian Operasi dan Kawalan, mereka menemui sejumlah besar minuman keras disembunyikan dalam kontena berkenaan.

Hasil daripada penemuan itu, pihak berkuasa menahan dua orang lelaki warga asing lingkungan 40-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan berkenaan.

Pemeriksaan juga menemui sebanyak kira-kira 1,230 botol minuman keras pelbagai jenama dengan kesemua barang berkenaan dirampas manakala lelaki yang disyaki dibawa ke pejabat cawangan pencegahan bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Lelaki berkenaan jika didapati bersalah akan didakwa di bawah Bab 146, Perintah Kastam 2006.

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja menyeru kepada orang ramai untuk memberikan bantuan serta melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan termasuk penjualan minuman keras kepada talian 2382422 atau 8714422 atau e-mel: info@customs.mof.gov.bn.

Oleh Sim Y. H.



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer