Kemalangan jalanraya sebabkan kesesakan lalu lintas

 
http://www.mediapermata.com.bn/isnin/19pic10.jpg
Anggota polis berjaya mengawal perjalanan lalu lintas di tempat berlakunya nahas jalan raya itu.

TEMBURONG, Ahad - Jambatan Sungai Temburong mengalami sedikit kesesakan lalu lintas disebabkan satu kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jenis salon dan sebuah van yang menghala ke Jalan Labu.

Tinjauan ke tempat kejadian mendapati sebuah kereta terbabit dilanggar di bahagian belakang dalam keadaan kenderaan dipandu perlahan kerana berikutan di hadapan jalan tersebut satu sekatan jalan raya sedang dijalankan oleh pihak ABDB yang sedang membuat latihan berhampiran kawasan itu.

Beberapa anggota polis kelihatan mengawal lalu lintas namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

 

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi