BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin -
Polis dalam tempoh tiga hari
kebelakangan ini menerima 12 kes
curi yang dilaporkan berlaku di
tempat berasingan dengan
sebahagian barang yang
dilaporkan hilang termasuk
barang kemas, dokumen penting,
telefon bimbit, jam tangan,
parang, wang tunai terkumpul
$1,777 dan fius elektrik.
Berhubung dengan kes curi ini,
polis berjaya menangkap tiga
wanita tempatan untuk disoal
siasat.
Polis turut menerima kehilangan
sebuah kereta jenis Nissan Sunny
dengan pendaftaran BJ 2803 yang
diletakkan di kawasan
membeli-belah di Kiulap.
Kes lain yang diterima termasuk
pukul, tipu, pengeluaran wang
tunai melalui ATM tanpa
pengetahuan pemilik, pekerja
lari dari majikan, akta hiburan,
akta buruh, akta penyalahgunaan
dadah, akta kastam dan akta
imigresen.
Kes kemalangan pula dalam tempoh
yang sama merekodkan 15 kes
dengan dua orang mendapat cedera
ringan.
Tujuh kes melibatkan kemalangan
kereta dengan kereta, lapan
kemalangan sendiri dengan 11 kes
berlaku di daerah Brunei Muara,
tiga di daerah Belait dan satu
di daerah Tutong.
Oleh Rafidah Jumat