MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Bantu polis selesai kes cubaan rompak kedai emas
 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Polis meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat satu kes percubaan merompak pada 18 Jun lalu di sebuah kedai emas di Kampong Pintu Malim, Jalan Kota Batu untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau melalui talian 993.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul satu petang, dua penjenayah menggunakan topeng dan bersenjatakan sebilah parang dan menggunakan sarung tangan berwarna putih serta membawa satu beg dilaporkan cuba membuat rompakan ke atas kedai emas tersebut.

Polis dalam laporan mingguan turut menerima sebanyak 11 kes curi yang dilaporkan berlaku di tempat kediaman, bangunan, tempat membeli-belah dan kawasan letak kereta.

Berhubung dengan sebahagian kes curi itu, polis telah memberkas dua lelaki tempatan berusia 32 dan 40 tahun dan kini ditahan untuk siasatan.

Turut dilaporkan hilang ialah sebuah kereta jenis Ford Transit dengan pendaftaran BM6467 yang diletakkan di kawasan Lorong Seri Paduka Satu, Kampong Perpindahan Mata-Mata pada September 2009.

Kesalahan lain dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini termasuk menceroboh, minta sedekah, pukul, rosak barang, tipu, ugutan melalui sistem perkhidmatan ringkas, wang dikeluarkan melalui ATM tanpa pengetahuan pemilik, pekerja lari dari majikan, pecah amanah, akta buruh (gaji tidak dibayar), akta penyalahgunaan dadah, akta kastam (penyeludupan barang kemas, minuman keras, rokok, minyak dan beras ke negara jiran) dan akta imigresen.

Kes kemalangan dalam tempoh yang sama pula direkodkan sebanyak 27 kes dengan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun terkorban, seorang mendapat cedera parah dan dua lagi mengalami cedera ringan.

Dua belas melibatkan kemalangan kereta dengan kereta, 14 kemalangan sendiri dan satu kemalangan kereta dengan penunggang motosikal.

Daerah Brunei Muara mencatatkan 20 kes, daerah Belait (2) dan daerah Tutong pula lima kes.

Oleh Rafidah Jumat


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer