MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

'Amah' dikesan tinggal berasingan dengan majikan

 

http://www.mediapermata.com.bn/selasa/15pic9.jpg

http://www.mediapermata.com.bn/selasa/15pic10.jpg

Warga asing yang diperiksa sepanjang operasi yang menyasarkan enam rumah sewa di Mukim Berakas.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bersama-sama pasukan polis cawangan Balai Polis Berakas malam tadi menjalankan pemeriksaan ke atas enam buah rumah sewa di Mukim Berakas.

Ketika pemeriksaan dijalankan, anggota penguat kuasa mendapati empat warga asing di bawah jaminan 'amah' tinggal secara berasingan daripada majikan mereka dan didapati mereka menyewa rumah tersebut dan ada di antara mereka tinggal bersama-sama suami masing-masing.

Sementara itu, lima warga asing yang lain pula gagal menunjukkan sebarang dokumen yang masih sah dan penelitian akan dibuat melalui sistem komputer jabatan dan jabatan akan menghubungi pihak majikan supaya dapat datang membawa pasport pekerja mereka. Sehubungan itu jabatan mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pesalah imigresen supaya menghubungi talian hotline dengan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.


Oleh Rafidah Jumat

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer