MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

72 perokok dikompaun  

http://www.mediapermata.com.bn/isnin/14pic1.jpg
Perbuatan merokok di tempat awam yang ditegah merokok adalah satu kesalahan di bawah Bab 14 Perintah Tembakau 2005.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Seramai 72 orang perokok dicekup kerana merokok di tempat ditegah merokok dalam operasi Unit Penguatkuasaan, Bahagian Kawalan Tembakau, Kementerian Kesihatan dari lewat petang hingga malam kelmarin.

Enam puluh dua daripada mereka, termasuk enam wanita tempatan telah dikenakan denda kompaun sebanyak $150 seorang.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, sepuluh orang lagi merupakan remaja bawah umur 18 tahun dan mereka akan dimasukkan ke dalam program kaunseling dengan kerjasama ibu bapa dan penjaga mereka.

Merokok di tempat awam yang ditegah merokok adalah satu kesalahan di bawah Bab 14 Perintah Tembakau 2005.

Operasi yang dilakukan pada lewat petang hingga malam kelmarin ditumpukan kepada dua pusat membeli belah di Gadong.

Sehubungan itu Kementerian Kesihatan sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-Peraturannya 2007, sesiapa yang didapati bersalah merokok di tempat yang ditegah merokok, boleh dikenakan denda


Oleh Sim Y. H.

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer