MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

Enam rekrut terima pengiktirafan terbaik

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 23 April. - Pasukan polis merupakan agensi utama kerajaan yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga serta memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara bagi membolehkan negara terus bergerak memacu pembangunan.

Di samping itu Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) juga beperanan untuk sama berganding bahu dengan rakyat dan masyarakat bagi membanteras perbuatan anasir-anasir yang tidak bertanggung jawab.

Melihat akan tugas dan tanggungjawab yang besar itu, polis merupakan salah satu profesion yang sangat mulia bukan saja di sisi masyarakat malahan dipandang tinggi di sisi agama.

Pagi tadi bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Gadong, PDB sekali lagi berjaya melahirkan seramai 64 orang rekrut Mata-Mata yang terdiri dari 39 rekrut lelaki dan 25 rekrut wanita yang mana bakal menjadi anggota polis sepenuhnya setelah berjaya menamatkan latihan.

Dari seramai 64 rekrut yang menamatkan latihan hari ini ianya turut melahirkan enam rekrut terbaik bagi semua jurusan yang terdiri dari tiga rekrut lelaki dan tiga rekrut wanita bagi Skuad 2, 3 dan 4/2009.

Rekrut Terbaik Lelaki Skuad 3 dan 4/2009 Dalam Semua Jurusan ialah Rek 5653 Awang Abdul Azim bin Momin berasal dari Daerah Brunei Muara. Dilahirkan pada 3 Januari 1991 dan tinggal di Kampung Kuala Lurah, beliau merupakan anak kelima dari sembilan adik-beradik dan bercita-cita ingin menjadi anggota polis yang lebih berdisiplin di masa hadapan.

Sementara Terbaik Dalam Undang-undang dan Pekerjaan Polis ialah Rek 5686 Awang Muhammad Nazri bin Talip berusia 21 tahun, berasal dari Daerah Belait. Anak bongsu dari tiga beradik, beliau bercita-cita ingin berjaya dalam kerjaya sebagai seorang anggota polis yang cekap dan berwibawa.

Terbaik Dalam Kawad dan Latihan Luar pula diterima oleh Rek 5660 Andrew Mikha bin Sianong, 21, dari Kampung Bebuloh yang melahirkan hasratnya untuk lebih berusaha lagi di dalam meningkatkan kebolehannya sebagai seorang anggota polis yang berdisiplin dan bertanggungjawab dalam tugas yang beliau tangani.

Terbaik bagi Rekrut Wanita Dalam Semua Jurusan ialah W/Rek 5635 Dk. Nurkhairunnisa Hurairah binti Pg. Md. Salleh, berasal dari Kampung Katok 'B' Mata-Mata Gadong. Kerjaya kepolisan ini menurutnya adalah atas kemahuannya sendiri, di samping dorongan kedua orang tuanya dan bercita-cita ingin meningkatkan disiplin dan mempelajari undang-undang polis selanjutnya.

Terpilih sebagai Terbaik Dalam Undang-undang dan Pekerjaan Polis pula ialah W/Rek 5646 Dayang Marzinah binti Maidin, 23, yang bercita-cita ingin menjadi seorang yang tabah dan tekun dalam membuat segala pekerjaan, di samping meningkatkan prestasi kerja sebagai seorang anggota polis yang berwibawa dan mempelajari lagi mengenai undang-undang polis di masa akan datang.

Manakala W/Rek 5640 Dayang Aleeza binti Nordin, 20, berasal dari Daerah Brunei Muara telah terpilih sebagai Terbaik Dalam Kawad dan Latihan Luar dan bercita-cita ingin meningkatkan prestasi kerjaya sebagai anggota polis yang cekap dan bertanggungjawab.

Matlamat utama Latihan Asas Rekrut di Pusat Latihan PDB yang dijalankan selama tempoh lebih enam bulan ini adalah untuk menyediakan dan melengkapkan pelatih dengan pengetahuan tentang ilmu asas kepolisan yang meliputi mata-mata pelajaran pengetahuan Kanun Keseksaan Jenayah, Kanun Peraturan Jenayah, Kata-Akta dan Peraturan Am Pasukan Polis, seni mempertahankan diri, menembak dan pengetahuan am dalam dan luar pasukan.

Selain itu latihan mental, fizikal serta kerohanian juga diajarkan di pusat ini dengan hasrat pelatih-pelatih akan mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran di luar nanti.

Adalah menjadi harapan PDB agar setiap rekrut akan terus meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka sama ada secara formal, iaitu kursus-kursus dan latihan-latihan lanjutan yang diatur oleh pasukan berkenaan mahupun secara persendirian termasuklah ilmu-ilmu agama yang akan mengukuhkan lagi kerohanian demi menanamkan rasa tanggungjawab kepada raja, agama dan bangsa selaras dengan konsep negara Melayu Islam Beraja.

 

(Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

 

     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Jamalul Alam pada tarikh 8  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |

11:04:19

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer