SERIA,
Khamis, 11 Mac. - Seramai 49
anggota Daerah Polis Belait menerima sijil kenaikan pangkat dan
Pingat Perkhidmatan Polis hari ini bertempat di Padang Kawad RU 'A',
Panaga.
PEGAWAI Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Polis Kanan Haji
Mohamed Don memeriksa perbarisan di majlis tersebut.
Dari jumlah
tersebut 19 anggota menerima sijil kenaikan pangkat iaitu dua orang
Staf Sarjan dinaikkan pangkat Sarjan Mejar, dua orang Sarjan
dinaikkan pangkat Staf Sarjan, dua orang Koperal dinaikkan pangkat
Sarjan dan 13 orang Lans Koperal menjadi Koperal, manakala 30
anggota pangkat rendah termasuk tiga orang polis wanita dan 21 orang
polis tambahan menerima Pingat Perkhidmatan Polis.
Penyampaian
sijil kenaikan pangkat dan Pingat Perkhidmatan Polis disampaikan
oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Polis Kanan,
Awang Haji Mohamed Don bin Haji Harith.
Penerima Pingat
Perkhidmatan Polis terdiri dari seorang pegawai dan anggota polis
iaitu setiap seorang dari Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Balai
Polis Sungai Liang, Balai Polis Labi dan Polis Kawalan Diraja (PRG)
sementara dua orang penerima dari setiap Balai Polis Kuala Belait
dan Balai Polis Seria dan 21 penerima dari Polis Keselamatan Padang
Minyak (OPSO).
PEGAWAI Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Polis Kanan Haji
Mohamed Don menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada salah anggota
polis penerima.
TAHNIAH ... Seorang polis wanita pangkat rendah menerima Pingat
Perkhidmatan Polis.
Pegawai dan
anggota yang menerima sijil kenaikan pangkat dan pingat tersebut
terdiri dari mereka yang menunjukkan prestasi kerja dan disiplin
yang cemerlang serta berkhidmat selama lebih setahun.
Pegawai
Pemerintah Daerah Polis Belait berharap kenaikan pangkat tersebut
akan menjadi pendorong dan meningkatkan mutu kerja dalam memberi
perkhidmatan yang baik.
(Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)