MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

44 kes kemalangan dalam tiga hari 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Beg tangan berisi dokumen penting, telefon bimbit, komputer, kabel wayar, penjana kuasa, bateri kereta, barang perhiasan perak, barang kemas dan wang tunai terkumpul berjumlah $1,850 adalah sebahagian dari barang yang dilaporkan hilang dalam 14 kes curi dalam kejadian berasingan.

Dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini, antara kes yang dicatatkan oleh polis ialah pemeriksaan perahu oleh polis marin, kes rogol membabitkan perempuan berusia 15 tahun dengan tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun untuk siasatan, pukul dengan tangkapan tiga lelaki tempatan, wang sejumlah $1,800 yang dikeluarkan melalui ATM tanpa pengetahuan pemiliknya, tipu dengan tangkapan seorang lelaki dan wanita tempatan untuk siasatan, perempuan lari dari rumah, pekerja lari dari majikan, meniru tandatangan yang membawa tangkapan kepada tiga wanita tempatan dan rosak barang.

Kesalahan di bawah akta pula membabitkan Akta Buruh (gaji tidak dibayar), Akta Kastam berhubung dengan minuman keras yang membawa kepada tangkapan tiga lelaki tempatan dan dua warga asing dan Akta Imigresen dengan tangkapan seorang wanita warga asing.

Laporan polis hari ini turut merekodkan penemuan semula dua buah kereta yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu jenis Toyota Corolla dengan pendaftaran KM7633 dan Nissan Pulsar dengan pendaftaran KD7924.

Kes kemalangan dalam tempoh tiga hari telah direkodkan sebanyak 44 kes dengan seorang mendapat cedera parah dan tiga orang mengalami cedera ringan.

Sebanyak 25 kes membabitkan kemalangan kereta dengan kereta, 17 kemalangan sendiri, satu kemalangan kereta dengan binatang dan satu lagi kemalangan sendiri motosikal.

Daerah Brunei dan Muara mencatatkan 33 kes kemalangan berlaku, daerah Belait (5) dan enam kes di daerah Tutong.

oleh Rafidah Jumat
 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer