MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

42 didenda dalam operasi pandu deras


Polis yang bertugas dalam operasi pandu deras kelmarin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Sebanyak 42 pemandu telah dikenakan denda kompaun kerana didapati memandu melebihi had laju dalam operasi pandu deras yang diadakan di Lebuh raya Muara-Berakas, semalam.

Dalam operasi selama sejam yang bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, anggota Pasukan Polis Diraja Brunei menggunakan alat pengesan laju kereta untuk mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju dan mengarahkan anggota polis yang bertugas untuk menahan pemandu yang didapati memandu lebih had laju.

Dalam operasi yang di sertai oleh 28 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Kawalan dan Siasatan Lalu lintas, mengenakan denda kompaun $50 seorang ke atas 42 pemandu kerana didapati memandu melebihi had laju lebih dari 100 kilometer sejam yang merupakan kesalahan lalu lintas di bawah Seksyen 24 (1) RTA Bab 68.

Operasi itu dihasratkan untuk memastikan bahawa setiap pemandu dan kenderaan yang berada di jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dan juga untuk mengurangkan kadar kejadian kemalangan jalan raya.

Pasukan Polis Diraja Brunei juga akan sentiasa mengadakan operasi pemeriksaan berterusan bagi memastikan akta dan peraturan lalu lintas sentiasa dipatuhi dan sehubungan itu, mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi akta dan peraturan lalu lintas Negara Brunei Darussalam.

Oleh Sim Y. H.

 

 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer