MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA


37 Ditahan Sepanjang Mac


 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menahan 37 orang termasuk tujuh perempuan berhubung kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 sepanjang bulan Mac lalu.

Dari jumlah tersebut, 23 daripada mereka ditahan di daerah Brunei Muara, empat di daerah Tutong, lima di daerah Belait dan lima lagi di daerah Tutong.

Menurut kenyataan BKN di sini, 30 orang yang ditahan itu terdiri daripada rakyat tempatan, dua penduduk tetap dan lima yang lain adalah tangkapan warga asing.

"Majoriti tangkapan iaitu seramai 23 orang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, dua orang bekerja di sektor awam, lima di sektor swasta dan tiga lagi bekerja secara persendirian.

"Empat penuntut sekolah juga ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah," kata kenyataan itu.

Menurut BKN, 32 orang yang ditahan berusia 21 tahun ke atas sementara tiga orang adalah mereka yang berusia 16 hingga 20 tahun dan dua lagi berusia 15 tahun ke bawah.

Dalam tempoh yang sama, BKN juga telah berjaya membuat rampasan 19.03 gram dadah syabu, 1.3300 dadah ganja dan beberapa alat perkakas yang diubahsuai untuk tujuan menghisap dadah.

Kenyataan BKN berkata, dari data yang terkumpul menunjukkan cawangan pengawasan BKN telah menerima kemasukan Orang Yang Di bawah Pengawasan (OYPD) baru iaitu seramai 26 orang yang terdiri dari 21 lelaki dan lima perempuan.

Sementara itu, enam orang telah dimasukkan ke Pusat Islah bagi menjalani program rawatan dan pemulihan.

"Jumlah keseluruhan penghuni Pusat Al-Islah pada masa ini ialah seramai 118 orang yang terdiri dari 102 lelaki dan 16 orang perempuan."

BKN berkata adalah penting bagi pihak tertentu sama ada pihak awam, swasta mahupun orang ramai untuk memberi kerjasama dalam membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah dengan menghubungi terus ke talian 2448877 (waktu pejabat) atau hotline 8777444 (selepas waktu pejabat) untuk memberi sebarang maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah.


Oleh Rafidah Jumat.

 

     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Jamalul Alam pada tarikh 8  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |     1.[Forum] Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada tarikh 5  Mei 2010 @ 0800 jam        |        2.[IKLAN] Tawaran telah dibukakan sehingga 18 MEI 2010 untuk keterangan lanjut klik butang IKLAN     |

11:04:21

 

10-06-2010



 

ORANG HILANG

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer