MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA


22 Kes Curi Dilaporkan Dalam Tempoh Empat Hari
 

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Pasukan Polis Diraja Brunei dalam laporan mingguannya hari ini mendedahkan sebanyak 22 kes berhubung dengan curi direkodkan dengan sebahagian barang yang dilaporkan hilang termasuk barang kemas, dokumen penting, telefon bimbit, komputer riba, bateri motosikal, kamera digital, tayar dan wang tunai.

Kes dalam tempoh empat hari kebelakangan itu termasuk pekerja lari dari majikan, kemalangan perahu membabitkan dua lelaki dan seorang wanita tercedera, pukul, keluar rumah, rosak barang, akta perjudian dengan tangkapan enam lelaki tempatan dan empat warga asing, penyalahgunaan dadah yang membawa tangkapan empat lelaki tempatan, akta kastam dengan tangkapan empat lelaki tempatan, akta imigresen dan akta buruh.

Kes kemalangan dalam tempoh yang sama pula mencatatkan sebanyak 32 kes dengan 16 darinya melibatkan kemalangan kereta dengan kereta, 15 kemalangan sendiri dan satu kemalangan sendiri motosikal.

Enam orang dilaporkan mengalami cedera ringan dengan 29 kes kemalangan dilaporkan berlaku di daerah Brunei Muara, daerah Belait, daerah Tutong dan daerah Temburong, masing-masing satu kes.

 

Oleh Rafidah Jumat.


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer