MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA


20 Kes Curi Dilaporkan, Kereta Hilang Ditemui Semula


 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Polis menemui semula sebuah kereta dengan pendaftaran BS 3873 jenis Daewoo Lanos berwarna putih yang dilaporkan hilang sebelum ini di kawasan tanah lapang berdekatan dengan simpang ke Taman Permainan Jerudong.

Laporan mingguan polis turut menerima 20 kes berhubung dengan curi di tempat berasingan dengan sebahagian barang yang dilaporkan hilang termasuk barang kemas, dokumen penting, komputer, projektor, televisyen, telefon bimbit, fius elektrik, kabel tanah dan mata wang asing.

Kes lain yang diterima termasuk pukul, pembantu rumah lari daripada majikan, remaja keluar rumah, wang dikeluarkan tanpa pengetahuan pemilik, cubaan mencuri, memberi keterangan palsu, pelacuran, rosak barang, cubaan membunuh diri dan persetubuhan di bawah umur.

Kes di bawah akta membabitkan penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan, agama serta kastam yang membawa tangkapan tiga lelaki tempatan dan imigresen dengan tangkapan tiga lelaki serta enam wanita warga asing.

Sementara itu, kes kemalangan pula direkodkan sebanyak 34 kes dengan empat orang mendapat cedera ringan.

Sebanyak 21 kes membabitkan kemalangan kereta dengan kereta dan 13 kemalangan sendiri dengan daerah Brunei Muara merekodkan 22 kes, daerah Belait (8) dan empat kes di daerah Tutong.

 
Oleh Rafidah Jumat.


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS


 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer