MUKA DEPAN

INFO POLIS

PERKHIDMATAN

KERJAYA

HUBUNGI

BERITA

14 Perokok kena kompaun $150,
 Pengurus kafe didenda $300
 
 


 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Seramai 14 orang dikenakan denda kompaun $150 tiap seorang kerana didapati merokok di tempat ditegah merokok di bawah Bab 14 Perintah Tembakau 2005 di Daerah Belait.

Sementara itu, pada Isnin lalu, seorang pengurus sebuah kafe di ibu negara dikenakan denda kompaun $300 kerana gagal menjalankan tanggungjawab di bawah Bab 16 Perintah Tembakau 2005 dan membenarkan pelanggan di restorannya merokok di premis berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan di sini, dalam operasi dijalankan Unit Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Tembakau dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Belait semalam, mereka yang dikenakan denda kompaun tersebut didapati merokok di tempat awam di beberapa kawasan komersial di Kuala Belait dan Seria termasuk di stesen bas dan perhentian teksi.

Seorang daripadanya didapati merokok di bangunan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa merokok di tempat ditegah merokok adalah satu kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturan 2007.

Sesiapa didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun $150 bagi kesalahan pertama, $300 bagi kesalahan kedua dan bagi kesalahan seterusnya, akan dihadapkan ke mahkamah dan didenda sehingga $1,000 jika sabit kesalahan. Menurut kenyataan itu lagi, pengurus premis yang gagal menjalankan tanggungjawabnya di bawah Bab 16 Perintah Tembakau 2005 boleh dikenakan denda sehingga $2,000 jika sabit kesalahan.

Kementerian Kesihatan akan terus mengadakan pemantauan aktif dan mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang melakukan kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya di seluruh negara.


 



 

ORANG HILANG
ORANG DIKEHENDAKI

LINKS

 

Media

count web site visits

© Hak Cipta 2009 - 2010, Pasukan Polis Diraja Brunei, Brunei Darussalam.    |   Laman ini sesuai dilayari mengunakan Internet explorer