BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Empat belas kes curi
dilaporkan berlaku di tempat berasingan dalam tempoh
tiga hari kebelakangan, menurut laporan mingguan polis
yang dikeluarkan di sini.
Laporan itu turut merekodkan kehilangan sebuah kereta
jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan pendaftaran
BR 9099 di kawasan Kampung Tanjong Nangka.
Kes kemalangan dalam tempoh yang sama pula mencatatkan
sebanyak 26 kes dengan seorang lelaki tempatan berusia
16 tahun terkorban dan empat orang mendapat cedera
ringan.
Lima belas kes membabitkan kemalangan kereta dengan
kereta, sembilan kemalangan sendiri dan dua,
masing-masing satu kes kemalangan kereta dengan
penunggang motosikal dan kemalangan kereta dengan
penunggang basikal.
Daerah Brunei merekodkan 15 kes kemalangan berlaku
diikuti daerah Belait dengan enam kes dan lima kes lagi
di daerah Tutong.
Kes lain yang diterima polis termasuk pukul, tipu, rosak
barang, pekerja lari dari majikan, wang dikeluarkan
tanpa pengetahuan pemiliknya, menjatuhkan maruah, akta
buruh, akta kastam, akta imigresen dan akta
penyalahgunaan dadah.
Oleh Rafidah Jumat.